KUNJUNGAN HORMAT MAYBANK KE MAIWP

MEMPERKUKUH JALINAN, MEMPERLUAS MANFAAT

MAIWP menerima kunjungan hormat delegasi Maybank yang diketuai oleh Encik Ahmad Faizal bin Ahmad Zazli, Managing Director, Client Coverage, dalam satu pertemuan bersama YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Pertemuan ini menjadi ruang bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.

Kerjasama sedia ada antara MAIWP dan Maybank turut menjadi asas untuk terus memperluas jalinan kolaborasi yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak.

Semoga jalinan strategik ini terus berkembang dan membuka lebih banyak ruang kerjasama demi manfaat ummah.

TOP