Bantuan Guaman Syarie
Membantu asnaf yang menghadapi tuntutan yang berkaitan kes Mahkamah Syariah atas kes-kes seperti ta'lik, fasakh,hadhanah, nafkah dan kes-kes yang berkaitan.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
-
Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
*Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung - Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
- Satu salinan saman pernyataan tuntutan daripada Mahkamah Syariah.
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai
Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini
Ahli keluarga telah meninggal dunia
Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri
Saudara baru
Satu salinan kad memeluk Islam
Orang Kelainan Upaya
Salinan kad orang kelainan upaya (OKU)
Pengidap sakit kronik
Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja
Sedang mengikuti pengajian di IPT
Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar
Keluarga bermasalah
Satu salinan laporan polis/ surat penjara
Muflis
Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi
Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter – kaunter Bahagian Agihan Zakat MAIWP