MAJLIS PERASMIAN PUSAT AUTISME MAIWP

DANA ZAKAT MENGGERAKKAN KEPAKARAN, MEMBINA HARAPAN BUAT ANAK AUTISME 

MAIWP terus memperkukuh usaha menyantuni anak-anak autisme dan keluarga mereka melalui pembangunan Pusat Autisme MAIWP dengan sokongan dana zakat serta kerjasama Pertubuhan Amal & Dakwah Anak Istimewa (PANDAI).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri oleh Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI serta barisan pengurusan MAIWP.

Sebanyak RM450,000 telah diluluskan bagi pembangunan fizikal dan pelaksanaan program berkaitan Pusat Autisme MAIWP.

Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada ekosistem sokongan yang menyeluruh, sekali gus memberi manfaat, kekuatan dan harapan kepada anak-anak autisme serta keluarga mereka.

TOP