PAMERAN HALAL ANTARABANGSA MALAYSIA (MIHAS) 2026

SUNTIKAN SEMANGAT BUAT USAHAWAN ASNAF MAIWP DI MIHAS 2026

Pavilion MAIWP di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 pada Khamis, 24 September 2026 bertambah meriah dengan kehadiran dan kunjungan tetamu kehormat ke reruai Usahawan Asnaf MAIWP.

MAIWP amat berbesar hati menerima kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di samping kunjungan YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP.

Kehadiran dan kunjungan ini bukan sahaja menceriakan suasana Pavilion MAIWP, malah memberi suntikan semangat serta motivasi kepada para usahawan asnaf untuk terus yakin mengembangkan perniagaan, meningkatkan kualiti produk dan melangkah lebih jauh dalam pasaran halal.

Pada MIHAS kali ini, MAIWP mengetengahkan 10 Usahawan Asnaf yang menawarkan pelbagai produk tempatan berkualiti, halal dan berdaya saing.

TOP