Fidyah
Dari segi bahasa, ia bermaksud menebus.
Sementara dari segi istilah pula ialah tebusan yang hukumnya wajib dilaksanakan dan dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada satu tahun sehingga tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.
Firman Allah SWT :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sebab - Sebab Dikenakan Fidyah
Meninggalkan Puasa Kerana Tua
Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan kesihatan tubuh badannya.
Dikenakan membayar fidyah
Meninggalkan Puasa Kerana Sakit Kronik
Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan.
Dikenakan membayar fidyah
Meninggalkan Puasa Kerana Hamil
Wanita yang bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.
Mereka hendaklah membayar fidyah
Dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Meninggalkan Puasa Kerana Menyusukan Anak
Ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu.
Mereka hendaklah membayar fidyah
Dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Meninggalkan Puasa Kerana Musafir Atau Sakit Dan Tidak Qada’ Puasa Pada Tahun Ia Ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan.
Wajib menggantikan (qada’) puasa.
Sekiranya tidak menggantikan (qada’) puasanya sehingga telah memasuki Ramadan berikutnya, ia diwajibkan untuk membayar fidyah dan kekal menggantikan (qada’) puasanya.
Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan).
Dikenakan denda membayar fidyah
Dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Kadar Bayaran Fidyah
Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 pada 30 Mei 2017 memutuskan Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Fidyah dan Kaffarah di Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan seperti berikut :
(a) Kadar Bayaran Fidyah adalah sebanyak RM4.00
Kadar ini berdasarkan kepada nilai ½ gantang gandum iaitu sebanyak RM3.00 dan satu ringgit tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.
(b) Konsep Gandaan bagi Penentuan Bayaran Fidyah
Apabila seseorang meninggal puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
Taksiran Fidyah
(Bilangan Hari Yang Ditinggalkan) X (Tahun Gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
Contoh Pengiraan
Bilangan Hari Yang Ditinggalkan | X | Tahun Gandaan | X | 1 Cupak | = | FIDYAH |
3 Hari | X | 3 Tahun | X | RM4.00 | = | RM36.00 |
Kalkulator Kiraan Fidyah
Kiraan ini adalah kiraan asas. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila berurusan di kaunter Unit Sumber Am, Bahagian Agihan Zakat MAIWP untuk kiraan yang lebih tepat.
Klik di sini untuk ke kalkulator kiraan fidyah
Contoh Keadaan / Situasi
Bil | Keadaan / Situasi | Qada | Fidyah |
---|---|---|---|
1. |
Meninggalkan Puasa Kerana Tua Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan kesihatan tubuh badannya. |
||
2. | Meninggalkan Puasa Kerana Sakit Tidak ada harapan sembuh |
||
Meninggalkan Puasa Kerana Sakit Tidak ada harapan sembuh |
|||
3. | Orang yang bermusafir dan berbuka kerana musafirnya | ||
4. |
Meninggalkan Puasa Kerana Musafir Atau Sakit Dan Tidak Qada’ Puasa Pada Tahun Ia Ditinggalkan Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan. |
||
5. | Meninggalkan Puasa Kerana Hamil / Menyusu Bayi Bimbang akan keselamatan ke atas bayi sahaja. |
||
Meninggalkan Puasa Kerana Hamil / Menyusu Bayi Bimbang akan keselamatan ke atas diri sendiri sahaja. |
|||
Meninggalkan Puasa Kerana Hamil / Menyusu Bayi Bimbang akan keselamatan ke atas diri sendiri dan bayi. |
|||
6. | Haid dan Nifas | ||
7. | Perempuan yang haid namum tidak sempat mengantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya | ||
8. |
Melambatkan Ganti Puasa (Qada’) Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan). |
||
9. |
Orang Yang Telah Meninggal Dunia Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat. |