KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT, SPRM MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 18 September 2026 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Unit Integriti dan Pematuhan (UIP) telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ahmad Nizam bin Ismail, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS), SPRM dalam satu pertemuan bersama YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. 

Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara MAIWP dan SPRM, khususnya dalam aspek pendidikan, kesedaran dan pengukuhan integriti serta pencegahan rasuah.

Sesi kunjungan turut menjadi medium untuk bertukar pandangan dan membincangkan ruang kerjasama dalam pelaksanaan program-program pendidikan masyarakat serta inisiatif pengukuhan integriti yang memberi manfaat kepada warga MAIWP.

TOP