Institut Kemahiran Baitulmal
Pengenalan
Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1991, Penubuhan ini sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. Idea awal penubuhan IKB telah dicetuskan oleh YB. Datuk (kini Tan Sri) Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi MAIWP pada ketika itu.
Pada awal penubuhannya IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiaanya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Melihat perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, maka nama tersebut ditukar kepada IKB pada tahun 1995 sempena 5 tahun IKB ditubuhkan pada ketika itu oleh YB. Dato' (Kini Tan Sri) Dr. Abdul Hamid bin Othman (Allahyarham).
Sehingga hari ini, IKB menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Visi
Menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam
Misi
Menggilap dan meningkatkan potensi belia Islam menerusi:
Pendidikan kemahiran sistematik, kreatif dan berinovatif
Penerapan nilai Islam keunggulan jati diri
Usahawan Muslim yang berdaya saing dan berdaya maju
Objektif Penubuhan
Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
Membimbing pelatih-pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.
Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.
Hubungi Institut Kemahiran Baitulmal
Alamat
Institut Kemahiran Baitulmal
Lot 1363, Jalan Perkasa
Off Jalan Kampung Pandan Taman Maluri
55100 KUALA LUMPUR
Sabtu - Ahad : Tutup