KARNIVAL PERMATA MAIWP & MAIWP KIDS 2026

MERIAH, CERIA & PENUH KENANGAN.

Alhamdulillah, selesai sudah Karnival Permata MAIWP & MAIWP Kids 2026 yang telah berlangsung pada 26 September 2026 di Kompleks Darul Kifayah, Batu Muda.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), serta diiringi oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Talmizi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Yang Berusaha Puan Farizah binti Kamaruddin, Pengurus Kanan BPI MAIWP, Yang Berusaha Puan Damithah binti Ibrahim, Timbalan Pengurus BPI MAIWP, dan Yang Berusaha Puan Nor Azlin binti Abu Mansor, Penolong Pengurus Kanan BPI MAIWP.

Daripada persembahan hebat anak-anak, pameran kreatif, permainan, cabutan bertuah hinggalah aktiviti bersama keluarga, semuanya mencipta suasana yang cukup menyeronokkan dan penuh keceriaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan karnival ini, terutama pihak pengurusan, guru-guru, petugas, ibu bapa, penjaga, para peserta serta semua pengunjung yang hadir memberikan sokongan.

Semoga Karnival Permata MAIWP & MAIWP Kids 2026 meninggalkan kenangan manis buat semua dan menjadi ruang untuk kita terus bersama-sama menyokong perkembangan, potensi dan kecemerlangan anak-anak kita.

TOP