MEMPERKASA KOMUNITI LESTARI
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Laman Impak MAIWP FC yang disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, MAIWP FC serta rakan-rakan strategik.
Inisiatif ini merupakan usaha sama strategik antara Kelab Bola Sepak MAIWP dan Pertubuhan Impak Lestari Malaysia (Act For Impact) dengan sokongan badan korporat. Laman Impak MAIWP FC diwujudkan sebagai satu usaha untuk memanfaatkan aset wakaf secara produktif, di samping memperkasa komuniti melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Pada masa yang sama, inisiatif ini turut membuka peluang ekonomi serta menyokong usaha kelestarian menerusi pembangunan pertanian bandar, sekali gus mewujudkan ruang yang berpotensi memberi manfaat secara berterusan kepada komuniti.
Sama-sama kita doakan agar Laman Impak MAIWP FC ini terus berkembang dan memberi manfaat yang berpanjangan kepada ummah.








