LAWATAN KERJA PENGERUSI MAIWP

Khamis, 18 Jun 2026 - Lawatan kerja YBhg. Datuk Pengerusi MAIWP ke Tadika Permata MAIWP (TPM) dan MAIWP Kids (MK) di Zon Batu pada hari ini telah melibatkan 2 buah premis tadika iaitu TPM Kampung Batu Muda dan MK Intan Baiduri dengan penglibatan seorang Ahli MAIWP, YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad. Turut hadir mengiringi YBhg. Datuk Pengerusi MAIWP adalah wakil bagi pihak pengurusan dan pegawai-pegawai MAIWP dari Bahagian Pembangunan Insan (BPI), Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) serta Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah (BPPH).

Tujuan lawatan kerja ini diadakan bagi meninjau pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak serta kemudahan yang disediakan kepada para pelajar. Sepanjang lawatan, YBhg. Datuk Pengerusi berpeluang untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan, guru-guru dan murid-murid serta mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan operasi tadika. Lawatan ini turut memberi ruang untuk membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terutamanya dari aspek pembangunan fasiliti dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kebajikan warga tadika selaras dengan aspirasi MAIWP.

TOP