Alhamdulillah, Majlis Perasmian Program MADANI Kita (PMK) 2026 telah berlangsung hari ini di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Kampung Melayu Ampang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dengan kehadiran YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir, Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP dan Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Turut berlangsung sesi walkabout ke reruai, jamuan rakyat, tayangan video, persembahan nasyid serta penyampaian sumbangan kepada institusi masjid, bantuan kepada Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu, Ampang sebanyak RM 10,000 dari Yayasan Taqwa MAIWP, bakul makanan dan Tabung Musaadah sebagai manifestasi keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menyantuni masyarakat.
MAIWP berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memperluaskan manfaat kepada golongan yang memerlukan serta mendekatkan agensi kepada masyarakat.






