SAMBUTAN HARI ANAK YATIM PEYATIM 2026

MAIWP menyokong usaha memperkasa kebajikan anak-anak yatim menerusi penganjuran Program Sambutan Hari Anak Yatim PEYATIM 2026 di Kompleks Darul Kifayah MAIWP sempena 10 Muharram 1448H. 

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bersama Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) itu menghimpunkan kira-kira 300 anak yatim dan miskin serta lebih 200 tetamu jemputan, selain menjadi platform menyeru pengiktirafan rasmi 10 Muharram sebagai Hari Anak Yatim Malaysia. 

Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP. Program ini  mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh kebajikan, pendidikan dan pembangunan anak-anak yatim melalui kerjasama erat antara agensi, NGO dan masyarakat

TOP