KUNJUNGAN HORMAT SYEIKHUL ISLAM OFFICE OF THAILAND KE MAIWP

MAIWP berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sheikhul Islam of Thailand yang diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Orawit Boonchom, Wakil Rasmi TYT Sheikhul Islam of Thailand.

Satu perbincangan dan kunjungan hormat daripada Sheikhul Islam Office of Thailand diadakan bagi memperkukuh ukhuwah serta meneroka kerjasama strategik antara kedua-dua institusi Islam, khususnya dalam pengurusan Zakat Fund of Thailand.

Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, yang menyambut baik usaha memperluaskan jaringan kerjasama strategik demi manfaat bersama.

Semoga sinergi ini memberi manfaat yang berterusan buat umat Islam secara keseluruhannyakerjasama strategik

TOP