RM6.5 JUTA ZAKAT PERNIAGAAN MAYBANK DISERAHKAN KEPADA MAIWP

Majlis Serahan Zakat Perniagaan Kumpulan Kewangan Islam Maybank berjumlah RM6.5 juta serta Penyerahan Insentif Awal Perkahwinan Asnaf Wilayah Persekutuan telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Khairussaleh Ramli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Insentif tersebut melibatkan peruntukan RM3 juta bagi membantu 600 pasangan asnaf yang layak, dengan setiap pasangan menerima bantuan RM5,000.

Semoga kerjasama strategik ini terus memperluas manfaat zakat serta memperkukuh kesejahteraan asnaf di Wilayah Persekutuan.

TOP