Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Edaran Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP yang berlangsung pagi ini di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Sebanyak 5,000 naskhah Al-Quran terjemahan telah berjaya diedarkan kepada sekolah-sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan. Program edaran kali kedua ini adalah hasil kerjasama strategik MAIWP bersama Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah (PIKU) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP).
Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP.
Semoga usaha wakaf ini terus memberi manfaat yang berpanjangan kepada para pendidik dan pelajar, serta melahirkan generasi yang cintakan kalam Allah.





