MEMPERKUKUH SINERGI, MEMPERKASA PENDIDIKAN

Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) menerima kunjungan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Kampus Batu Muda, hari ini.

Ketibaan YB Menteri disambut oleh YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bersama pengurusan tertinggi UniMAIWP.

Kunjungan dimulakan dengan persembahan silat oleh pelajar UniMAIWP, diikuti simbolik agihan makanan percuma menerusi MAIWP Food Truck, sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga kampus serta penyampaian amanat ringkas kepada para pelajar.

YB Menteri turut menghadiri sesi pembentangan dan perbincangan strategik bersama pengurusan tertinggi UniMAIWP sebelum melawat Pusat Hemodialisis UniMAIWP.

Kunjungan ini menjadi ruang penting dalam memperkukuh hubungan serta perkongsian pandangan ke arah pemerkasaan institusi pendidikan di bawah MAIWP.

MAIWP terus komited memperkasa ummah melalui pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan.

TOP