Majlis Syarahan Perdana Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M anjuran JAKIM berlangsung dengan penuh ilmiah dan bermakna, menampilkan dua tokoh unggul iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan, dan Prof. Sheikh Dr. Ahmad Al-Raysuni, Tokoh Ma’al Hijrah Antarabangsa.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri oleh ketua-ketua agensi hal ehwal Islam serta wakil-wakil institusi berkaitan dari seluruh negara. Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bagi mengikuti perkongsian ilmu yang disampaikan dalam program berprestij ini.
Perkongsian ilmu dan pandangan yang disampaikan menjadi inspirasi dalam memperkukuh kefahaman Islam serta membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat, membuka minda dan menyuntik inspirasi untuk terus berhijrah ke arah kebaikan.



