LAWATAN KERJA PENGERUSI MAIWP KE MASJID UTM KUALA LUMPUR

MEMPERKASA MASJID, MEMBINA UMMAH – PENGERUSI MAIWP SANTUNI MASJID UTM KL

Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer telah mengadakan lawatan kerja ke Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, yang disambut mesra oleh YBrs. Prof. Dr. Fauziah binti Syeikh Ahmad, Ketua Kampus Cawangan UTM Kuala Lumpur.

Lawatan kerja ini bertujuan meninjau dengan lebih dekat aspek pengurusan dan pentadbiran institusi masjid, di samping memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara MAIWP, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak pengurusan Masjid UTMKL.

Sesi lawatan turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan pendekatan terbaik dalam memperkasa tadbir urus masjid agar terus cemerlang, cekap dan berkesan dalam menyantuni keperluan umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Puan Wan Maizatun binti Wan Hassan, Timbalan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, pegawai-pegawai kanan MAIWP dan JAWI serta barisan Ahli Jawatankuasa Masjid UTMKL.

Sesungguhnya, institusi masjid bukan sekadar menjadi tempat ibadah, malah berperanan sebagai pusat pembangunan ummah, pendidikan, kebajikan dan penyatuan masyarakat.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuh dalam memperkasa pengurusan masjid serta memperluas manfaatnya kepada masyarakat dan umat Islam.

TOP