HUKUM SYARAK DAN PENGURUSAN ZAKAT DIPERKASA MELALUI KERJASAMA MAIWP DAN PHSWP

MAIWP hari ini menerima kunjungan hormat Ahli-Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam usaha memperkukuh kefahaman dan kerjasama berkaitan pengurusan serta agihan zakat di Wilayah Persekutuan.

Sesi yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Talmizi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP ini turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Fadzil @ Ali, Mufti Wilayah Persekutuan, bersama ahli-ahli JPHSWP dan pengurusan MAIWP.

Kunjungan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneliti proses permohonan dan agihan zakat, memperincikan kategori asnaf yang layak menerima bantuan serta bertukar pandangan melalui sesi perbincangan dua hala.

Semoga pertemuan ini terus memperkukuh penyelarasan antara prinsip hukum syarak dan pelaksanaan agihan zakat demi memastikan amanah umat diurus dengan telus, tepat dan berkesan.


TOP