WAKAF DIPERKASA, AMANAH DIPERKUKUH

Wakaf bukan sekadar tentang apa yang disumbangkan, tetapi bagaimana setiap amanah itu diurus dengan telus, bertanggungjawab dan penuh integriti.

MAIWP menerima kunjungan penyelidikan daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Walisongo Semarang, Indonesia, yang diketuai oleh Dr. Ahmad Furqon, bagi membincangkan pengintegrasian Waqf Accountability Index (WAQIR) dan Waqf Core Reporting Index (WCRI) dalam menilai serta menjelaskan akauntabiliti dan ketelusan institusi wakaf berdasarkan pengalaman Malaysia dan Indonesia.

Delegasi MAIWP yang diketuai oleh YBrs. Ir. Abd Karim bin Mohamed @ Ismail, Pengurus Kanan Bahagian Wakaf dan Sumber Am, turut berkongsi pengalaman berkaitan tadbir urus, pelaporan dan pengurusan wakaf yang dilaksanakan oleh MAIWP.

Pertemuan dua negara ini bukan sekadar ruang pertukaran pandangan, malah menjadi jambatan ilmu dalam usaha membina sistem pengurusan wakaf yang lebih diyakini, berimpak dan mampu memberi manfaat berpanjangan kepada ummah.

Kerana apabila amanah dipelihara dengan baik, wakaf mampu mengubah kehidupan dan membina masa hadapan.

TOP