LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA MAIWP KE KELANTAN

KOTA BHARU, 8 September 2026 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta lawatan kerja ke beberapa buah masjid di sekitar negeri Kelantan pada 7 hingga 9 September 2026.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, yang diiringi oleh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, serta barisan pegawai MAIWP.

Delegasi MAIWP telah disambut oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK, serta YBhg. Sahibussamahah Dato' Kaya Perba, Dato' Haji Mohamad Shukri bih Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

Kunjungan ini turut disusuli dengan sesi perbincangan dan taklimat bersama Pegawai Kanan MAIK sebagai platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh hubungan kerjasama antara MAIWP dan MAIK dalam pengurusan hal ehwal Islam.

Dalam rangka lawatan kerja tersebut, delegasi MAIWP turut berkesempatan meninjau beberapa buah masjid, antaranya Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu; Masjid Iktikaf Ibadul Rahman, Kampung Belukar, Wakaf Bharu; dan Masjid Kampung Laut, Tumpat. 

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan MAIWP dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara institusi agama, di samping memperluas perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam usaha memperkasakan pengurusan institusi Islam serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin antara MAIWP dan MAIK terus diperkukuh demi memacu kegemilangan ummah serta memperkasakan institusi Islam.

TOP