Memasuki agenda ketiga dalam siri Lawatan Kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkunjung ke Kompleks Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan bagi mendengar taklimat berkaitan pengurusan dan operasi MAIWP Cawangan Labuan.
Taklimat tersebut antara lain menyentuh perkembangan serta pelaksanaan beberapa inisiatif dan projek MAIWP di Labuan termasuk Laman Agro MAIWP Cawangan Labuan, Perumahan Asnaf Labuan serta pembinaan jam matahari di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan.
Sesi taklimat ini turut menjadi platform bagi meneliti perkembangan semasa, isu-isu berkaitan serta langkah penambahbaikan dalam memastikan pengurusan dan pelaksanaan program MAIWP di Wilayah Persekutuan Labuan terus diperkasakan khususnya dalam aspek penyampaian manfaat kepada golongan asnaf dan komuniti setempat.
Turut hadir YBhg. Tuan Haji Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP dan YBrs. Ustaz Mohd Rafie Zakaria, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan.
