MAIWP menerima kunjungan hormat daripada MARA Liner Sdn. Bhd. (MARALINER) yang diketuai oleh YBhg. Encik Wan Md Hazlin Agyl bin Wan Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MARALINER bersama YBhg. Encik Muhamad Faiz bin Said, Penolong Pengurus Besar MARALINER.
Delegasi telah disambut oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama barisan Pengurusan Kanan MAIWP.
Pertemuan ini menjadi medium untuk memperkukuhkan kerjasama strategik serta meneroka peluang sinergi yang mampu memberi impak lebih besar kepada masyarakat.




