YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP telah menerima kunjungan Mufti Hazrat Farid Mingaleev, Ketua Pertubuhan Islam Baikal Muftiyat, Irkutsk, Rusia ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pertemuan ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah Islamiah, di samping memperkukuh jaringan hubungan antara institusi agama Malaysia dan Rusia.
Pertemuan ini turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk saling mengenali peranan serta pendekatan institusi agama dalam membimbing masyarakat Islam di negara masing-masing.
Selain itu, pertemuan ini turut membuka ruang kepada penerokaan potensi kerjasama dalam bidang keilmuan, dakwah dan pertukaran pengalaman antara MAIWP dengan institusi Islam di Irkutsk, Rusia.
Semoga kunjungan hormat ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kerjasama yang berterusan antara institusi agama Malaysia dan Rusia dalam memperkasa syiar, keilmuan dan kesejahteraan umat Islam.








