PROGRAM ZIARAH ASNAF BERSAMA YB MENTERI SIRI 3 TAHUN 2026

Bukan Sekadar Ziarah, Inilah Amanah Untuk Menyentuh Kehidupan

Di sebalik pintu kediaman PPR Laksamana, tersimpan kisah perjuangan yang mungkin tidak terlihat oleh ramai.

Ada keluarga yang tabah menjaga anak istimewa dan berdepan penyakit kronik. Ada seorang balu yang meneruskan kehidupan membesarkan lima orang anak selepas kehilangan suami. Ada juga ibu tunggal yang gigih membesarkan tiga orang anak yang masih belajar. Ketiga-tiga keluarga ini

Hari ini, menerusi Program Ziarah Asnaf Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 3 Tahun 2026, MAIWP turun padang mendekati dan menyantuni tiga keluarga asnaf di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Ziarah diketuai oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En Mohammed bin Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ, pengurusan kanan MAIWP dan PPZ MAIWP.

Pendekatan turun padang membolehkan MAIWP melihat sendiri keadaan dan keperluan sebenar asnaf supaya bantuan yang disalurkan lebih tepat dan memberi impak. Bantuan merangkumi keperluan sara hidup, perubatan, sewa rumah, persekolahan, barangan keperluan asas serta peralatan kesihatan mengikut keperluan keluarga.

Bagi MAIWP, amanah zakat bukan sekadar tentang jumlah yang diagihkan. Ia tentang sejauh mana zakat mampu meringankan beban, menyentuh kehidupan dan memberi ruang kepada sebuah keluarga untuk kembali melangkah dengan lebih baik.

Sehingga 13 Ogos 2026, sebanyak RM717,371,058.00 dana zakat telah diagihkan MAIWP menerusi 38 Skim Bantuan, selain pelbagai program pembangunan asnaf dan manfaat melalui institusi pendidikan milik MAIWP.

Terima kasih kepada para pembayar zakat. Zakat anda, membawa sinar buat mereka. 

TOP