SAFAR TOUR WAKAF WILAYAH PERSEKUTUAN SANTUNI PROJEK WAKAF MAIWP

Para pewakaf berpeluang melihat sendiri bagaimana sumbangan wakaf dimanfaatkan melalui Siri 1 SAFAR Tour Wakaf Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh MAIWP.

Program yang disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini membawa peserta meninjau tiga projek wakaf utama iaitu Pondok Moden Al-’Abaqirah di Kompleks Darul Kifayah, Pusat Fisioterapi MAIWP di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai serta pembangunan semula Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras. Turut hadir, Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Datuk Hj Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

SAFAR Tour bukan sekadar lawatan, malah menjadi platform untuk para pewakaf menyaksikan sendiri impak wakaf yang menyumbang kepada pembangunan pendidikan, kesihatan dan institusi keagamaan. Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya berwakaf dan memberi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk bersama-sama menyumbang ke arah kesejahteraan ummah.

Wakaf hari ini, manfaatnya berpanjangan untuk generasi akan datang.

TOP