KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA KPE MAIWP SIRI 9

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2026 – Sorakan, semangat kesukanan dan persaingan sihat mewarnai Kejohanan Tenpin Bowling Piala Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP 2026 yang berlangsung di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur, hari ini.

Kejohanan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu menghimpunkan warga kerja daripada pelbagai agensi dan organisasi, sekali gus menjadi wadah mempererat ukhuwah, memperkukuh jaringan kerjasama serta menyemarakkan semangat kebersamaan antara agensi yang mengambil bahagian.

Majlis turut diserikan dengan ucapan dan gimik perasmian oleh YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Lebih menarik, kejohanan kali ini menyaksikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil cemerlang apabila dinobatkan sebagai johan, manakala Bank Rakyat Wilayah Selangor meraih tempat kedua dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menduduki tempat ketiga.

Kejayaan setiap pasukan bukan sekadar diukur menerusi jatuhan pin dan kutipan mata, sebaliknya menyerlahkan nilai kerjasama berpasukan, disiplin, fokus dan semangat kesukanan yang menjadi tunjang kejohanan.

Penganjuran Piala KPE MAIWP ini membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi jambatan bagi menyatukan warga kerja daripada pelbagai latar belakang, selain mewujudkan suasana kerja yang lebih positif, harmoni dan saling menyokong.

MAIWP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada JAKIM, Bank Rakyat Wilayah Selangor dan IPD Sentul atas kejayaan yang diraih serta penghargaan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

Semoga semangat “bersama, bersaing dan mengeratkan ukhuwah” yang tercetus melalui kejohanan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh hubungan strategik dan kebersamaan antara MAIWP dengan agensi-agensi yang terlibat. 

TOP