KEJOHANAN "AKSI BOLA MERDEKA" ANJURAN MAIWP 2026

TAHNIAH KEPADA WIRA-WIRA KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA MASJID SELURUH MALAYSIA PIALA YB MENTERI HAL EHWAL AGAMA 2026! 

Kejohanan "Aksi Bola Merdeka" anjuran MAIWP melalui MAIWP FC di Padang ILSAS, Bangi telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Ia berjaya menyatukan 22 buah komuniti masjid dari seluruh negara dalam satu padang yang penuh dengan semangat kebersamaan dan persaudaraan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan yang merangkul kejuaraan:

Johan: Masjid Sultan Abu Bakar (Johor) (Membawa pulang RM3,000, Piala Pusingan & Medal)

Naib Johan: Masjid Sultan Ahmad Shah 2 (Pahang)

Tempat Ketiga: Masjid Kota Damansara (Selangor) dan Masjid Al-Muqarrabin (Kuala Lumpur)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sudi hadir menyuntik semangat buat para peserta.

Turut hadir memeriahkan kejohanan ini adalah Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta wakil-wakil dari agensi hal ehwal agama.

"Bukan Sekadar Bola Sepak, Kita Adalah Satu Komuniti."

TOP