KUNJUNGAN HORMAT AL AMBER CHINESE MUSLIM RESTAURANT KE MAIWP

MAIWP menerima kunjungan hormat daripada pihak Al Amber Chinese Muslim Restaurant yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail Cui Wei, Pengurus Al Amber Chinese Muslim Restaurant.

Delegasi telah disambut oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama barisan Pengurusan Kanan MAIWP.

Pertemuan ini menjadi medium untuk meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang kulinari halal bersama Universiti MAIWP International (UniMAIWP), sekali gus membuka ruang sinergi yang mampu memberi impak serta manfaat lebih besar kepada masyarakat dan golongan asnaf.

TOP