Apa rahsia di sebalik penyampaian perkhidmatan pelanggan yang cemerlang?
Jawapannya bukan sekadar sistem, tetapi kesediaan untuk belajar, berkongsi dan menambah baik.
Alhamdulillah, MAIWP hari ini berbesar hati menerima kunjungan delegasi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
Sesi ini menjadi medan perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta idea baharu dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, mesra dan berkualiti kepada masyarakat.
Terima kasih kepada seluruh delegasi MAINJ atas kunjungan yang penuh bermakna. Semoga silaturahim yang terjalin menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi dan kecemerlangan perkhidmatan pada masa hadapan.
Berkongsi pengalaman, memperkukuh perkhidmatan, demi manfaat ummah.






