Sokong hasil usaha dan kreativiti usahawan asnaf MAIWP yang membawakan pelbagai produk berkualiti, unik dan berpotensi untuk pasaran yang lebih luas.
Antara produk yang dipamerkan ialah seni ukiran dan pertukangan kayu, produk penjagaan rambut lelaki BROZKEY seperti hair moisturizer, syampu dan hair spray, COCOKINS Premium Dark Cookies, pasu kertas hasil kraftangan kreatif serta kraftangan dan jahitan eksklusif menggunakan fabrik batik Malaysia sama ada asli atau bercetak.
Penyertaan ini menjadi platform untuk memperkenalkan produk usahawan asnaf MAIWP kepada khalayak yang lebih luas, di samping membuka ruang membina jaringan strategik, memperkukuh promosi serta peluang kepada usahawan MAIWP ini agar lebih berdaya saing dan berdikari.







