WILAYAH PERSEKUTUAN BERTAFAQQUH
Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) menjadi lokasi penganjuran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan bagi Tahun 1448H/2026M. Program yang mengangkat tema “Wilayah Persekutuan Bertafaqquh” itu telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, serta Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Is Mohd Nizam bin Hj. Yahya. Sempena program dua hari tersebut, YB Menteri turut merasmikan pelancaran dua buah buku khas yang dijadualkan menjadi rujukan utama sepanjang penganjuran acara berkenaan.









