MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MADANI KITA, LEMBAH PANTAI

Majlis perasmian Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis turut diserikan dengan penyampaian beberapa sumbangan kepada yang memerlukan serta Bakul RAHMAH.

Terdahulu, YB Menteri turut mengadakan walkabout ke reruai jabatan dan agensi, termasuk reruai pameran yang dibuka oleh pihak MAIWP. Penglibatan MAIWP membuka reruai ini adalah bagi menyebarluaskan maklumat perkhidmatan, di samping memudahkan komuniti setempat mendapat penerangan secara terus mengenai skim-skim bantuan zakat yang disediakan. Dalam lawatan tersebut, YB Menteri turut beramah mesra serta menyantuni komuniti Lembah Pantai. Inilah antara perkara yang mahu dibawa melalui Program MADANI Kita; Kerajaan hadir, mendengar dan menyantuni rakyat secara dekat.

Turut hadir, YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta Ketua-ketua Agensi Hal Ehwal Agama.

TOP