KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SOHAR ISLAMIC, KESULTANAN OMAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menerima kunjungan hormat Delegasi Sohar Islamic, Kesultanan Oman pada 8 Julai 2026 bersamaan 22 Muharram 1448H.

Delegasi diketuai oleh Mr. Fahad Akbar Al Zadjali, Head of Islamic Financing, bersama barisan kepimpinan Sohar Islamic serta wakil Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Puan Nur Syaffina binti Ab Rahim. Kehadiran mereka disambut oleh pegawai MAIWP yang diketuai Tuan Haji Ir. Abd Karim bin Mohamed @ Ismail, Pengurus Kanan Bahagian Wakaf dan Sumber Am.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu berkaitan pelaksanaan wakaf di MAIWP. Delegasi diberi penerangan mengenai peranan MAIWP sebagai pemegang amanah tunggal (Nazir) harta wakaf di Wilayah Persekutuan, struktur pengurusan wakaf, strategi Rakan Pintar bersama 12 Institusi Mutawalli serta kejayaan pembangunan Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy menjadi Menara Imarah Wakaf (Menara Bank Islam).

Semoga lawatan ini memperkukuh hubungan Malaysia dan Oman serta membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan wakaf di peringkat global.


TOP