KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PEMERKASAAN PERNIAGAAN MALAYSIA MPPM KE MAIWP

Apabila pemerkasaan masyarakat bertemu dengan dunia perniagaan dan kemahiran, ruang untuk membina masa depan yang lebih baik menjadi semakin luas.

Itulah yang dibawa menerusi Kunjungan Hormat Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) ke MAIWP, yang diketuai oleh Prof. Is. Dr. Zam @ Ab Razak Zamri, Presiden MPPM dan disambut baik oleh Yang Berbahagia Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Pertemuan ini turut meneroka potensi kerjasama bersama Kakatoo F&B Group dan Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dalam menyediakan peluang latihan kemahiran serta pembangunan kerjaya kepada peserta yang dikenal pasti oleh MAIWP.

Daripada kemahiran kepada peluang, daripada jaringan kepada impak semoga usaha ini menjadi satu lagi langkah dalam membuka lebih banyak ruang untuk masyarakat meningkatkan kebolehpasaran, menjana pendapatan dan membina kehidupan yang lebih baik.

Kerana setiap peluang yang dibuka, mampu menjadi permulaan kepada sebuah perubahan.

TOP