SANTAI BOLING, ERATKAN HUBUNGAN BERSAMA MEDIA

Alhamdulillah, Program Santai Boling MAIWP Bersama Media Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Juara Bowling, Strand Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP. Turut hadir YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif syarikat MAIWP.

Program ini menghimpunkan rakan-rakan media dalam suasana penuh mesra dan semangat kesukanan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka dalam menyampaikan maklumat yang tepat, pantas dan berkesan kepada masyarakat.

Antara rakan media yang menyertai program ini ialah IKIM, Malaysia Gazette, Berita Harian, New Straits Times (NST), Media Prima Omnia Sdn. Bhd., Utusan Malaysia, BERNAMA, Harian Metro, TV AlHijrah,Sinar Harian,  RTM serta Siakap Keli.

Program Santai Boling MAIWP Bersama Media 2026 menyaksikan BERNAMA muncul sebagai johan, diikuti New Straits Times (NST) yang meraih naib johan. TV AlHijrah berjaya menduduki tempat ketiga, manakala IKIMfm dan Harian Metro masing-masing memperoleh tempat keempat dan tempat kelima. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada seluruh rakan media atas sokongan serta kerjasama yang berterusan. Semoga jalinan strategik ini terus diperkukuh demi manfaat ummah.

TOP