LAWATAN KE PONDOK MODEN AL- ABAQIRAH DAN DAR AS SAADAH BERSAMA PENGERUSI MAIWP

YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP bersama barisan Ahli dan Pengurusan MAIWP telah mengadakan lawatan kerja ke Pondok Moden Al-'Abaqirah dan Dar As-Saadah.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat sesi pengajian di kelas-kelas serta melihat fasiliti sekitar kawasan bagi memastikan kebajikan para pelajar dan kualiti pengurusan institusi sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Semoga usaha ini terus memacu kecemerlangan pendidikan Islam dan pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan.

TOP