YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP telah menerima kunjungan Syeikh Samir Mohtadi, Ketua Pertubuhan Islam Australia, Islamic Information & Sevices Network of Australasia (IISNA) atau juga di kenali sebagai MyCenter (Multicultural Youth Centre) ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pertemuan ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah Islamiah, di samping memperkukuh jaringan hubungan antara institusi agama Malaysia dan Australia.
Pertemuan ini turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk saling mengenali peranan serta pendekatan institusi agama dalam membimbing masyarakat Islam terutama generasi muda di negara masing-masing.
Semoga kunjungan hormat ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kerjasama yang berterusan antara institusi agama Malaysia dan Australia dalam memperkasa syiar keilmuan dan kesejahteraan umat Islam.







