Generasi huffaz bukan sahaja membawa kalam Allah dalam ingatan, tetapi turut berpotensi menjadi pemimpin yang memandu masyarakat dengan ilmu, akhlak dan integriti.
Hari ini, MAIWP menerima kunjungan hormat daripada Huffaz Leadership Programme (HLP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Nurul Fadzlin Hasbullah, Head of HLP.
Kunjungan ini disambut oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Huffaz Leadership Camp 2026 serta ruang kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan modal insan huffaz.
Melalui inisiatif ini, MAIWP melihat potensi besar untuk melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan, malah berdaya kepimpinan, berjiwa masyarakat dan mampu memberi sumbangan bermakna kepada ummah.
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang sinergi ke arah membina barisan pemimpin muda huffaz yang unggul, berwawasan dan berteraskan nilai al-Quran.






