KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KE MAIWP

BERSAMA MEMPERKASA KEBAJIKAN, MEMPERLUAS MANFAAT

MAIWP berbesar hati menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, yang disambut mesra oleh YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Pertemuan ini menjadi platform memperkukuh hubungan strategik antara MAIWP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di samping meneroka ruang kerjasama serta inisiatif bersama bagi mempertingkat penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

Sinergi ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang memberi impak nyata kepada kesejahteraan masyarakat dan ummah.

Bersama menyantuni, bersama memberi manfaat.

TOP