DARI SARAWAK KE KUALA LUMPUR, MEMPERKUKUH JALINAN & BERKONGSI KEPAKARAN
MAIWP hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Lembaga Amanah Kemajuan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) yang diketuai oleh YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS.
Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bersama barisan pengurusan MAIWP.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk kedua-dua organisasi memperkukuh hubungan serta berkongsi pandangan dan pengalaman, khususnya berkaitan pengurusan dan pembangunan wakaf.
Semoga kunjungan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi serta ummah.





