Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima kunjungan H.E Dr. Mohamad Farid Hosen, Presiden Cambodia University of Management and Technology (CUMT) dalam satu pertemuan bersama YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan hal ehwal Islam, pembangunan ummah dan usaha memperkukuh peranan institusi agama dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.
Semoga pertemuan ini terus menyemarakkan jalinan silaturahim serta membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Cambodia.






