Alhamdulillah, Majlis Ilmu MADANI bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, serta para ilmuwan yang dihormati, Sheikh Muhammad Hydara al-Jilani dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118.
Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, serta YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama JAKIM ini telah menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh ilmu, hikmah dan ukhuwah.
Semoga segala perkongsian dan nasihat yang disampaikan menjadi panduan serta manfaat berterusan dalam kehidupan, di samping memperkukuh kesatuan ummah serta menyuburkan budaya ilmu dalam masyarakat.






