KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN RESTU KE MAIWP

Yayasan Restu telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disambut mesra oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP .

Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam memperkasa pendidikan melalui program pembelajaran ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang diintegrasikan dengan ilmu Al-Quran (STEM-Q) khususnya di kalangan generasi muda di Wilayah Persekutuan.

Dalam pertemuan tersebut, Yayasan Restu turut berkongsi cadangan pelaksanaan program, pendekatan pembelajaran serta ruang kerjasama yang berpotensi dilaksanakan bersama institusi pendidikan MAIWP.

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka ruang kepada pembangunan ekosistem pendidikan yang lebih inovatif, kreatif dan berteraskan nilai Islam, di samping menyediakan peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang STEM secara lebih menarik dan bermakna.

MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Restu atas kunjungan hormat dan sudi untuk membentangkan cadangan Program STEM-Q di institusi pendidikan MAIWP.

Semoga usaha bersama ini menjadi langkah awal kepada sebuah kolaborasi yang memberi manfaat besar kepada institusi pendidikan MAIWP dan khususnya kepada generasi muda dalam membina masa depan yang lebih cemerlang, berilmu dan berakhlak.

TOP