Malaysia–Bosnia and Herzegovina Business Council (MBBC) telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi.
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Bin Syed Kabeer, yang menyambut baik usaha memperluaskan jaringan kerjasama strategik demi manfaat bersama.
Kunjungan ini memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam bidang pembangunan ekonomi ummah, keusahawanan, pembangunan modal insan serta jaringan antarabangsa yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
MAIWP berharap jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan nilai-nilai Islam.







