DATA TEPAT, KEPUTUSAN LEBIH BERIMPAK
MAIWP menerima kunjungan hormat Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan (DOSMWP) bersama delegasi yang disambut baik oleh YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan berkaitan statistik penduduk semasa, Banci Ekonomi 2026, serta potensi kerjasama strategik antara MAIWP dan DOSMWP.
Jalinan ini diharapkan dapat memperkukuh penggunaan data yang lebih tepat dalam menyokong perancangan, penyampaian bantuan dan pelaksanaan program yang lebih berkesan kepada masyarakat.
Daripada data kepada tindakan, daripada tindakan kepada impak.







