YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP telah menerima kunjungan Dato' Lsr Syed Mohamad Nasir bin Dato' Syed Tahir, Pengerusi Yayasan Pendidikan Itqan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Yayasan Pendidikan Itqan (ITQAN) bukan nama baru dalam pendidikan Al-Quran terutama dalam melahirkan para Hafiz dan Mujaz.
Yayasan Pendidikan Itqan mengucapkan terima kasih atas bantuan MAIWP salurkan kepada mereka dalam menjayakan bidang pendidikan dan keilmuan berkonsepkan Halaqah yang di terapkan di 55 kelas di 7 buat pusat pendidikan mereka.
Semoga, pertemuan ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim antara ITQAN dan MAIWP untuk membimbing dan memperkasa Ilmu Al Quran kepasa generasi muda di Malaysia.







