KAMI & HAMKA ANTARABANGSA 2026

Lebih 1,000 anak muda dari dalam dan luar negara dihimpunkan menerusi Konvensyen Anak Muda Islami (KAMI) dan Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Antarabangsa 2026 yang berlangsung selama tiga hari, 18 hingga 20 Ogos 2026 di Klang, Selangor.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut mengambil bahagian dalam pameran bersama agensi-agensi Hal Ehwal Agama yang menjadi platform untuk memperkenalkan peranan, inisiatif dan perkhidmatan MAIWP kepada para peserta serta pengunjung.

Penyertaan ini menjadi platform untuk MAIWP mendekati golongan anak muda, di samping memperkukuh penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan, bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat.

Kemuncak program menyaksikan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang turut merasmikan HAMKA Antarabangsa 2026 pada 20 Ogos 2026.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penyerahan cek cura sumbangan Dana Kelab Mahasiswa Antarabangsa berjumlah RM130,000.00 oleh YBhg. Dato’ Mohammad bin S. Ahmad, Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, kepada wakil pelajar.

Penyerahan tersebut telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk hadir ke Reruai MAIWP. Sokongan dan sambutan yang diberikan amat dihargai serta menjadi pemangkin kepada usaha MAIWP dalam mendekati dan memperkasa masyarakat.

TOP