Kontinjen MAIWP yang diketuai oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, diiringi YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bersama barisan pengurus dan pegawai MAIWP telah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M di Masjid Putra, Putrajaya.
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah menjadi titik perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam membina ummah yang diberkati.





