Karnival Sukan Tadika Permata MAIWP & MAIWP Kids 2026 telah bermula dengan penuh meriah melibatkan penyertaan seramai 3,746 murid daripada Zon Setapak, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Bangsar dan Batu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Semoga penganjuran karnival ini berjalan dengan lancar sepanjang hari-hari seterusnya serta terus menjadi platform dalam membentuk sahsiah, disiplin, semangat berpasukan dan melahirkan murid yang aktif, sihat dan berkeyakinan tinggi dalam kalangan anak-anak Permata MAIWP.







